Cabaran Letshanaa terhenti suku akhir Terbuka AS

Iklan
Langkah cemerlang Letshanaa dalam Terbuka AS terhenti di suku akhir. Foto BAM

[DIKEMAS KINI] LANGKAH cemerlang perseorangan wanita negara, K Letshanaa dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir di peringkat suku akhir setelah tewas kepada pemain India, Tanvi Sharma, pada Sabtu.

Pemain ranking ke-50 dunia itu gagal mempamerkan prestasi terbaiknya apabila tunduk kepada pemain di ranking ke-66 dunia itu straight set 13-21, 16-21 dalam masa 33 minit kejohanan status Super 300 berkenaan.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini mencuri tumpuan apabila menewaskan bekas juara dunia 2017 dari Jepun, Nozomi Okuhara, dan juga pemain ranking ke-49 dunia dari India, Aakarshi Kashyap, dalam laluan ke suku akhir.

Kini, Letshanaa akan mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan Terbuka Kanada Super 300 di Markham yang bermula 1 hingga 6 Julai.

Iklan

Sementara itu, pengarah kejurulatihan badminton perseorangan negara, Kenneth Jonassen, menyifatkan prestasi Letshanaa dalam saingan Terbuka AS, sebagai perkembangan positif yang mencerminkan peningkatan tahap permainan dan kemampuannya bersaing di pentas antarabangsa.

“Secara keseluruhan, Letshanaa menunjukkan peningkatan positif menerusi kemenangan ke atas lawan-lawan berkualiti, membuktikan kemampuannya untuk tampil cemerlang selepas kemenangan yang besar,” ujar Jonassen

Iklan

Pada masa sama Jonassen juga berpuas hati dengan kemajuan Letshanaa terutamanya keupayaannya menundukkan pemain bertaraf dunia.