WASHINGTON - Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan menghantar surat dalam tempoh seminggu setengah akan datang bagi memaklumkan kepada negara-negara mengenai kadar tarif Amerika Syarikat (AS) yang mereka perlu bayar, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Pada satu ketika, dalam tempoh seminggu setengah atau lebih atau mungkin lebih awal, kami akan menghantar surat; kami telah bercakap dengan banyak negara dan kami hanya akan memaklumkan kepada mereka apa yang mereka perlu bayar untuk menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.