TOKYO - Agensi cuaca Jepun menaikkan tahap amaran gunung berapi bagi Gunung Tokachi di Hokkaido, pulau utama paling utara Jepun, kepada tahap tiga daripada skala lima, sekali gus menyekat kemasukan ke kawasan gunung itu, lapor Kyodo News.
Ketika menaikkan amaran daripada tahap dua yang menyekat akses ke kawah, Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran bahawa letusan boleh berlaku dan menjejaskan kawasan dalam lingkungan kira-kira tiga kilometer dari kawah.