GAZA - Tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan paksa terbaharu melibatkan beberapa kawasan di selatan Gaza, termasuk Khan Younis dan Rafah, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk Palestin yang kian terdesak.
Menurut sumber antarabangsa, arahan itu didakwa dikeluarkan susulan pelancaran roket oleh kumpulan Hamas, dengan tentera Israel memberi amaran akan melancarkan serangan berskala besar ke kawasan tersebut.