Rumah Brad Pitt kena rompak

Iklan
Pitt berada di luar negara untuk mempromosikan filem Formula 1 ketika kejadian rompakan tersebut. - Foto Agensi

LOS ANGELES – Rumah milik aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt di kawasan elit Los Feliz, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) menjadi sasaran rompakan pada malam Rabu lalu.

Media tempatan melaporkan tiga suspek bertindak memanjat pagar hadapan sebelum memecah masuk melalui tingkap kediaman itu yang bernilai AS$5.5 juta (RM23.3 juta).

Iklan
Iklan

Mereka kemudiannya menggeledah bahagian dalam rumah dan melarikan beberapa barangan, namun jumlah kerugian sebenar masih belum didedahkan kepada umum.

Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) kini sedang giat menjalankan siasatan dan memeriksa rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan untuk mengenal pasti serta mengesan suspek.

Iklan

Pitt dikatakan tidak berada di rumah ketika kejadian dan berada di luar negara untuk mempromosikan filem Formula 1 di bawah arahannya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Wakil pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.

Iklan

Kejadian tersebut menambahkan lagi senarai selebriti Hollywood yang menjadi sasaran kumpulan perompak termasuk pasangan Nicole Kidman dan Keith Urban serta Tom Hanks dan Rita Wilson yang turut berdepan kejadian serupa, baru-baru ini. - Agensi