Amir Hamzah sandang tugas Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta

Iklan
Amir Hamzah Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dilantik menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara tersebut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar lbrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada 25 Jun 2025 bahawa beliau telah bersetuju supaya Amir Hamzah menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta merta," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi pada 27 Mei lalu.

Iklan

Ujar Shamsul Azri, tugas utama Amir Hamzah sebagai Menteri Ekonomi adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskhah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai tahun ini. 

"Proses itu mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh kementerian, pandangan dan ulasan yang diberikan oleh jemaah Menteri," ujarnya.

Iklan