Pihak Berkuasa dua masjid suci selesai ganti Kiswah Kaabah

Iklan
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah selesai melaksanakan proses penggantian tahunan Kiswah Kaabah, meneruskan tradisi penjagaan yang telah menjangkau lebih 100 tahun.

MAKKAH - Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah selesai melaksanakan proses penggantian tahunan Kiswah Kaabah, meneruskan tradisi penjagaan yang telah menjangkau lebih 100 tahun, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Proses penggantian itu dilaksanakan pasukan khas terdiri daripada 154 profesional Arab Saudi dari Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah.

Iklan
Iklan

Pasukan berkenaan ditugaskan secara strategik di pelbagai sisi dan bahagian bumbung Kaabah mengikut kepakaran masing-masing.

Kiswah baharu itu mempunyai berat kira-kira 1,415 kilogram (kg) dan setinggi 14 meter. Ia terdiri daripada empat panel berasingan bersama tirai pintu (sitara).

Iklan
Iklan

Pembuatan Kiswah menggunakan kira-kira 825kg sutera mentah yang diwarnakan hitam di kompleks berkenaan, 120kg benang perak bersadur emas, 60kg benang perak tulen dan 410kg kapas mentah. - Bernama/SPA