IPOH - Seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Tasek Damai di sini pada Selasa turut didapati mempunyai kesan luka tembakan di dada kiri yang dipercayai menjadi punca kematiannya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penemuan itu hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa berusia 57 tahun yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).