Warga emas aktif pecah rumah secara solo diberkas
Iklan
Roslan (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas.
TANGKAK - Seorang warga emas yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini sejak Mac lalu berjaya diberkas dalam satu operasi khas di Melaka pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak hasil risikan dan maklumat yang diperoleh.
Iklan
Iklan
Menurutnya, suspek berusia 60 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri milik isterinya di Taman Kesidang, Melaka sekitar jam 3.10 petang Rabu.
"Siasatan awal mendapati suspek bergerak secara bersendirian dan menyasarkan rumah mewah milik kaum Cina yang tidak berpenghuni, khususnya di kawasan Bukit Gambir dan Sungai Mati.
Iklan
“Penahanan suspek turut membawa kepada rampasan pelbagai barangan mewah dan wang tunai dipercayai hasil kegiatan jenayah pecah rumah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, antara barangan yang dirampas termasuk 19 beg tangan berjenama Louis Vuitton, beberapa jam tangan mewah jenama Patek Philippe, Omega dan Tag Heuer.
Iklan
Ujarnya, turut ditemui wang tunai pelbagai mata wang termasuk ringgit Malaysia, dolar Singapura, dolar Amerika Syarikat, yuan China dan baht Thailand.
"Polis juga merampas peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti pemutar skru, sarung tangan dan lampu suluh.
"Ia termasuk sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang turut disita dan menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM300,000.
Menurut Roslan, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 39 rekod jenayah lampau, kebanyakannya membabitkan kes pecah rumah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Ujian air kencing suspek negatif dadah.
"Suspek kini direman hingga 29 Jun bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan," katanya.
Katanya, menerusi tangkapan itu juga polis percaya ia dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah di daerah tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>