[VIDEO] Peluasan SST: Import epal, oren dikecualikan cukai - PM

Iklan

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun kerajaan mahu menggalakkan rakyat mengutamakan buah-buahan tempatan seperti jambu, rambutan dan durian, langkah pengecualian cukai ke atas dua buah import utama itu dibuat bagi memastikan golongan berpendapatan rendah masih mampu mendapat pilihan makanan sihat.

Iklan
Iklan

Anwar.

"Semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kita dengar keluhan rakyat, ada yang masih nak makan epal dan oren sebab lebih murah.

Iklan

"Jadi, walaupun ada sedikit cukai untuk import buah-buahan lain, kita beri pengecualian untuk epal dan oren,” katanya dalam ucapan pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota Madani, di sini pada Khamis. 

Perdana Menteri berkata keutamaan tetap diberikan kepada buah-buahan tempatan yang kaya dengan khasiat dan mudah diperoleh mengikut musim. - Bernama 

Iklan