Kronologi kes Syed Saddiq

Iklan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diringi ibubapanya hadir bagi mendengar keputusan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu. Foto Bernama

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Berikut adalah kronologi kes tersebut.

Iklan
Iklan

22 Julai 2021

Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas masing-masing satu pertuduhan subahat pecah amanah RM1 juta dan menyalahgunakan RM120,000 dana Armada.

Iklan

5 Ogos 2021

Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Iklan

25 November 2021

Empat kes itu dibenarkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

19 Januari 2022

Mahkamah menasihatkan Syed Saddiq supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya.

24 Mac 2022

Pendakwaan kemuka dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik Armada.

21 Jun 2022

Perbicaraan hari pertama kes Syed Saddiq, di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid.

7 Julai 2022

Pihak pembelaan memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama iaitu Rafiq Hakim Razali (Penolong Bendahari Armada Bersatu) berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah namun permohonan itu ditolak.

8 Julai 2022

Syed Saddiq memohon maaf di mahkamah kerana memuat naik semula satu hantaran di laman media sosialnya berhubung perbicaraan kesnya itu.

22 Julai 2022

Syed Saddiq sekali lagi memohon mencabar kredibiliti Rafiq Hakim susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keterangan lisannya di mahkamah dan permohonan itu juga tidak dibenarkan.

27 September 2022

Pihak pendakwaan menutup kes itu selepas selesai memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.

6 Oktober 2022

Pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah berhubung empat pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.

28 Oktober 2022

Syed Saddiq diperintah untuk membela diri atas senua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

14 Mac 2023

Selesai pembelaan di Mahkamah Kuala Lumpur

14 April 2023

Pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah.

21 September 2023

Mahkamah Tinggi menetapkan 9 November 2023 untuk keputusan kes terbabit.

9 November 2023

Syed Saddiq dihukum penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

29 November 2024

Syed Saddiq menerima segala dokumen penghujahan penuh – mengarahkan peguamnya untuk memfailkan rayuan

12 Disember 2024

Rayuan rasmi difailkan dengan 18 sebab kesilapan undang-undang dan fakta dalam sabitan; rayuan ini menetapkan kes untuk didengar oleh Mahkamah Rayuan

19-20 Mac 2025

Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari untuk mendengar rayuan kes Syed Saddiq

20 Mac 2025

Prosiding terpaksa ditangguhkan kerana timbalan pendakwa raya tidak sihat.

25 Jun 2025

Syed Saddiq dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas semua pertuduhan itu.