Siasatan kes Ismail Sabri selesai, serah kepada TPR - SPRM

Iklan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengadakan sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu. Foto Sinar Harian.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah menyelesaikan siasatan kes dakwaan rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi memohon  pelucuthakan wang berjumlah RM170 juta yang disita dalam siasatan kes berkenaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, SPRM belum memutuskan sebarang pertuduhan jenayah yang berkait dengan kes tersebut. 

“Siasatan berhubung kes Ismail Sabri telah selesai. Kini, terpulang kepada Ahli Parlimen Bera itu untuk mencabar permohonan tersebut di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Azam turut memaklumkan bahawa siasatan terhadap bekas menantu Ismail Sabri, Jovian Mandagie juga telah selesai dijalankan.

Menurut beliau, siasatan itu melibatkan salah satu aset utama dalam kes berkenaan dan penglibatan Jovian adalah sebagai saksi.

Iklan

“SPRM kini berada di peringkat akhir untuk menyempurnakan kertas siasatan tersebut dan dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

“Seterusnya, kes ini akan dikemukakan kepada TPR untuk mendapatkan arahan dan cadangan keputusan,” ujarnya.