KHAN YOUNIS - Lima anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dan sekurang-kurangnya tujuh lagi cedera dalam satu serangan dua peringkat oleh pejuang Palestin di selatan Gaza, menurut laporan media tempatan dan sumber tentera.
Insiden berlaku apabila satu unit khas Israel yang terdiri daripada 12 anggota memasuki sebuah bangunan di Khan Younis yang dipercayai telah dipasang bahan letupan.