TEHERAN - Kementerian Kesihatan Iran hari ini mengesahkan sekurang-kurangnya 610 rakyatnya terbunuh dan 4,746 lagi cedera dalam tempoh 12 hari serangan udara oleh Israel sejak 13 Jun lalu, menjadikan ini antara krisis kemanusiaan paling buruk dalam sejarah moden negara itu.
Jurucakap kementerian, Hossein Kermanpour berkata seramai 971 mangsa masih dirawat di hospital, manakala 687 telah menjalani pembedahan, lapor Al Jazeera.