Sungai Muar di Kampung Awat tercemar
Iklan
Keadaan Sungai Muar yang dipercayai tercemar akibat sisa buangan.
SEGAMAT – Jabatan Alam Sekitar (JAS) digesa menjalankan siasatan terperinci terhadap pencemaran Sungai Muar di Kampung Awat, Batu Anam di sini yang didakwa tercemar akibat pembuangan sisa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip berkata, pencemaran tersebut berpotensi menjejaskan ekosistem serta kehidupan komuniti setempat.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor memaklumkan bahawa pihaknya menerima beberapa aduan daripada penduduk yang tinggal berhampiran sungai terbabit.
“Saya menggesa pihak berkuasa berkaitan, khususnya JAS agar segera menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran ini.
Iklan
“Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab supaya insiden seperti ini tidak berulang,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
Menurut Zahari, tindakan tegas itu penting bagi memastikan keseimbangan ekosistem sungai terpelihara dan kelangsungan sumber perikanan dapat dikekalkan demi kepentingan semua pihak.
Iklan
Katanya, pencemaran sungai tersebut dikhuatiri memberi kesan kepada komuniti nelayan darat yang menjadikan hasil sungai sebagai sumber pendapatan utama.
Mengulas lanjut, beliau berkata, video insiden pencemaran yang tular di media sosial menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat kerana dibimbangi menjejaskan hidupan air.
Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada komuniti nelayan darat dan penduduk setempat yang aktif memainkan peranan dalam menjaga kelestarian serta sumber perikanan di kawasan tersebut.
“Kerajaan Johor melalui Jabatan Perikanan telah melaksanakan pelbagai inisiatif konservasi sumber perikanan, termasuk program pelepasan benih ikan dan udang secara konsisten sejak tiga tahun lalu di kawasan ini.
“Sepanjang tempoh itu, tiada sebarang aduan atau laporan diterima berkaitan aktiviti yang boleh merosakkan ekosistem akuatik sungai berkenaan,” ujarnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.