AKPS patahkan cubaan seludup 3,500 liter diesel

Iklan
Kenderaan yang disita AKPS dan JPJ.

KUALA LUMPUR – Taktik sebuah treler yang diubah suai untuk menyeludup minyak diesel bersubsidi ke negara jiran terbongkar susulan pemeriksaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada Isnin.

Menurut kenyataan AKPS pada Selasa, agensi berkenaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah merampas 3,500 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM90,000 dalam pemeriksaan pada jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

"Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengubah suai sebuah lori jenis ‘pole treler’ bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan rapi oleh pegawai bertugas telah menemukan satu tangki tambahan yang disembunyikan di bahagian bawah kenderaan tersebut, yang diisi dengan anggaran 3,500 liter diesel," katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, kenderaan tersebut telah disita untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sebuah treler dikesan telah diubah suai untuk menyeludup diesel.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai kenderaan dan Seksyen 64(1) akta sama yang membenarkan kenderaan disita," katanya.

Katanya, rampasan itu menunjukkan komitmen agensi berkenaan bersama agensi penguatkuasaan lain dalam memastikan sempadan negara tidak dibolosi oleh sebarang aktiviti haram.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdaya agensi penguat kuasa bagi mengaut keuntungan yang menyalahi undang-undang,” katanya.