Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat fokus PRN Sabah

Iklan
Hajiji mempengerusikan mesyuarat Gagasan Rakyat di SICC, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pada Isnin bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Mesyuarat yang bermula pada jam 3 petang itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor, dan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Iklan
Iklan

Difahamkan, mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada aspek kesiapsiagaan jentera parti serta usaha memperkukuh gerak kerja di semua peringkat menjelang PRN Sabah.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Masidi Manjun; Naib-Naib Presiden, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah.

Iklan

Hadir sama, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi; Bendahari, Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar; Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta ketua-ketua sayap dan barisan kepimpinan tertinggi parti.

Sementara itu, dalam majlis berasingan yang turut berlangsung di lokasi sama, Hajiji meluangkan masa menikmati minum petang bersama barisan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat.

Iklan