LONDON - Menteri Luar Perancis pada Isnin menegaskan bahawa negaranya tetap bertekad untuk mengiktiraf negara Palestin"dalam gerakan kolektif”, sambil menegaskan tiada apa yang patut membuat dunia lupa apa yang berlaku di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap kepada media sebelum Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Jean-Noel Barrot turut mengulangi gesaan Perancis agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk segera ke Gaza serta pembebasan semua tawanan.