SAMARKAND (Uzbekistan) - Malaysia sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kebangsaan yang menetapkan rangka kerja tadbir urus yang jelas bagi memastikan AI bukan sahaja meningkatkan kecekapan malah etika, kesaksamaan dan kepentingan awam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelan itu memfokuskan kepada sektor utama seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, tenaga dan pertanian di samping membina bakat AI Malaysia dalam sektor awam dan golongan belia.