KUALA LUMPUR - Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini ditutup untuk memudahkan pemindahan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerja-kerja pembersihan landasan berikutan insiden berkaitan pesawat pada 11.30 pagi Isnin.
Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd, Notis kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berterusan sehingga 3 petang ini.