Agong berkenan terima menghadap Anwar

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Bukit Tunku pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Ahad berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira dua jam di Istana Bukit Tunku, di sini.

Iklan
Iklan

"Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu semasa,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Bernama