Pelukis Ramlee Hamzah

Iklan

Pelukis Ramlee Hamzah, 57, yang mesra disapa Pakali menunjukkan sebahagian lukisan ketika ditemui Bernama di studio miliknya di KBMALL baru-baru ini.

Lulusan seni bina Universiti Teknologi Malaysia itu meninggalkan kerjaya sebagai pelukis pelan selepas 34 tahun, memilih laluan seni yang lebih bebas dan peribadi.

Iklan
Iklan

Namun begitu, sesuatu yang ketika dulu hanya sekadar hobi dan terapi jiwa, kini menjadi sumber rezeki. Perjalanan seni Ramlee bermula secara tidak sengaja pada 2018 selepas kematian insan tersayang.