Mengapa penting label, logo kepada pengguna?

Iklan
PERHATIKAN label pada produk makanan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Foto Canva

FEBRUARI lalu, negara dikejutkan dengan satu kejadian yang menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dilaporkan kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

Mangsa yang dirawat di Hospital Pulau Pinang itu kemudian menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama selepas itu.

Iklan
Iklan

Ahli Teknologi Makanan, Kamarul Khalis Mohd Zaini ketika mengulas mengenai kejadian tersebut menjelaskan, antara isu yang berkaitan termasuklah mengenai isu label pada gula-gula itu.

KAMARUL KHALIS (kiri) ketika menjadi panel dalam Beyond Halal Podcast yang dihoskan Hanisah Ithnin dan diterbitkan Uniti Halal Centre (Uhac) melalui YouTube baru-baru ini.

Iklan

“Dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus bertindak merampas gula-gula berkenaan di pasaran selepas kejadian tersebut.

“Namun jika diteliti, kesalahan utama (produk tersebut) adalah mengenai label. Kalau boleh dilihat di pasaran, tidak ada gummy ball (bola gula-gula) itu dijual mempunyai label dan tidak ada juga warning hazard (amaran bahaya) ia mudah tercekik.

Iklan

Beliau berkata demikian pada program Podcast Beyond Halal yang diterbitkan Uniti Halal Centre (Uhac) melalui YouTube baru-baru ini.

Tambah Kamarul Khalis, ibu bapa dan penjaga sepatutnya memainkan peranan dengan memerhatikan label produk makanan sebelum diberikan kepada anak-anak.

“Kadang-kadang kita marah kepada pengilang, tapi sebenarnya kita yang tidak baca label.

LABEL dan logo yang diletakkan pada sesuatu produk memberikan pelbagai maklumat kepada pengguna. Foto Canva

“Sebagai contoh, sudah ada pesanan di produk mengenai bagaimana perlu disimpan selepas dibuka, namun kadang kala kita tidak ikut. Apabila ia rosak, kita marahkan pengilang pula. Oleh sebab itu label pada produk itu memang penting,” hurainya.

Maklumat penting pada label

Mengulas mengenai label makanan, beliau menjelaskan, terdapat banyak maklumat boleh dinilai pengguna menerusi label pada produk makanan.

“Di Malaysia, kita ada Akta Makanan 1983 dan ia diwujudkan untuk melindungi pengguna daripada sebarang masalah kesihatan dan itulah sebabnya label sangat penting.

“Dalam akta ini, telah ditetapkan pelabelan, ada tatacaranya dan ada benda boleh ditulis di produk makanan dan sebaliknya,” hurainya.

Ujarnya lagi, perkara pertama yang patut pengguna lihat pada label produk makanan tersebut adalah nama sebutan sebenar makanan itu.

“Di bawah peraturan makanan, ada kategori makanan dan bukan mudah-mudah boleh letak nama makanan tersebut.

Sambungnya, elemen lain yang perlu diperhatikan pengguna adalah ramuan atau bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk makanan tersebut.

PENGGUNA yang bijak akan memastikan produk yang dibeli mempunyai label dan logo. Foto Canva

“Senarai bahan dalam produk disusun mengikut kandungan yang paling banyak. Jika tepung atau gula paling banyak, ia akan diletakkan pada awal susunan bahan itu sehinggalah kepada bahan paling sedikit digunakan.

Logo tanda diaudit, dipantau

Menyambung hujahnya, antara lain label yang sepatutnya ada pada produk makanan adalah tarikh luput, nama dan alamat pengilang serta berat sesuatu produk tersebut.

“Kebanyakan daripada kita melihat tanda harga terlebih dahulu berbanding label lain. Jadi selepas ini lihatlah label terlebih dahulu.

“Ini kerana setiap logo yang diletakkan di produk, ia membawa maksud kilang tersebut telah diaudit dan dipantau oleh pihak berkaitan,” ujarnya.

Nasihatnya kepada pengguna, pilihlah produk yang mempunyai label yang lengkap selain melihat kepada logo-logo yang terdapat padanya.

“Ia mencerminkan produk tersebut diaudit dan dikawal selain terjamin keselamatan dan kebersihannya,” katanya.

Teliti maklumat pada label makanan:

1 - Nama produk: Nama yang jelas dan tepat untuk produk tersebut.

2 - Senarai ramuan: Senarai semua bahan yang digunakan dalam produk makanan, disusun daripada yang paling banyak hingga yang paling sedikit.

3 - Berat bersih: Jumlah berat bersih produk, contohnya dalam gram atau mililiter.

4 - Maklumat pemakanan: Seperti kandungan nutrisi seperti kalori, protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

5 - Tarikh luput: Tarikh akhir produk makanan boleh dimakan atau digunakan dengan selamat.

6 - Maklumat pengilang: Nama dan alamat pengilang atau pengimport produk.

7 - Negara asal (untuk produk import): Nama negara tempat produk tersebut dihasilkan.

8 - Cara penyimpanan: Arahan tentang bagaimana produk harus disimpan.

9 - Kod bar: Kod bar memudahkan pengesanan produk dan membantu dalam pengurusan inventori.

Selain itu, pengguna juga boleh melihat logo lain seperti logo halal, organik atau pilihan makanan sihat.