Empat pelatih Puspen ditangkap, dua lagi masih diburu polis

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai enam pelatih Puspen Jelebu yang melarikan diri dari pusat tersebut.

JELEBU – Tiga lagi pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan pada Selasa lalu telah berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintenden Azizan Said berkata, ketiga-tiga pelatih tersebut ditahan sekitar jam 12 tengah hari di Jalan Kongkoi di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

“Setakat hari ini, seramai empat daripada enam pelatih Puspen Jelebu yang melarikan diri telah berjaya ditangkap.

“Dua pelatih yang masih bebas ialah V Manimaran, 38, dari Taman Seri Bernam, Hulu Bernam, Selangor dan K Mohanarajh, 25, dari Taman Bertuah, Perak,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan bahawa enam pelatih Puspen telah melarikan diri dari pusat pemulihan tersebut.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka telah berjaya diberkas semula di kawasan berhampiran kilang rotan Titi Cane, Kongkoi, Jelebu, yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat berkenaan.

Iklan

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung dua pelatih yang masih bebas diminta menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu di talian 06-6136222 atau Bilik Gerakan Jelebu di 06-6137999.