Ejen tarik kereta didenda RM2,800 ceroboh rumah pemilik

Iklan
Seorang ejen tarik kereta dikenakan hukuman denda RM2,800 selepas mengaku salah menceroboh rumah pemilik kenderaan.

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja tarik kereta dikenakan hukuman denda sebanyak RM2,800 oleh Mahkamah Majistret 3 di sini selepas mengaku bersalah menceroboh rumah pemilik kenderaan di Bandar Amanjaya, Sabtu lalu.

Majistret Khairatul Animah Jelani menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhammad Aiman Mudzakir Azmi, 24, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara selama empat bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengaku menceroboh kawasan rumah pemilik kenderaan dalam keadaan pagar berkunci pada jam 7 petang, 14 Jun lalu.

Iklan

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Noor, manakala tertuduh diwakili oleh peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Iklan

Tertuduh memohon agar hukuman denda minimum dikenakan memandangkan pengakuan bersalahnya telah menjimatkan masa mahkamah. Dia turut memaklumkan bahawa dirinya masih bujang serta menanggung kedua ibu bapanya dan seorang adik yang masih bersekolah.