Tiga pendaki termasuk pasangan suami isteri maut dipanah petir

Iklan
Tiga pendaki termasuk pasangan suami isteri maut akibat dipanah petir semasa mendaki Gunung Mittagsspitze di Tyrol, Austria. Gambar hiasan

VIENNA - Tiga pendaki maut selepas dipanah petir ketika mendaki di wilayah Tyrol, Austria hujung minggu lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut polis pada Isnin, mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri, masing-masing berusia 60 tahun, serta abang kepada isteri yang berumur 62 tahun.

Iklan
Iklan

Ketiga-tiga mereka sedang mendaki Mittagsspitze setinggi 2,600 meter di barat negara itu pada Ahad, namun terpaksa berpatah balik selepas cuaca berubah secara tiba-tiba dan menjadi buruk.

Ahli keluarga yang bimbang apabila mereka tidak pulang ke lembah kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan.

Iklan

Kru pasukan helikopter kecemasan menemui ketiga-tiga mayat berhampiran laluan bertanda pada ketinggian sekitar 2,300 meter.

Pemeriksa perubatan mengesahkan kesemua mereka maut akibat dipanah petir. - Bernama-dpa

Iklan