JIPS siasat anggota polis didakwa aibkan wanita

Iklan
Tular rakaman video memaparkan perbualan seorang wanita dengan seorang individu didakwa anggota polis yang didakwa mengandungi unsur-unsur mengaibkan wanita terbabit. Gambar kecil: Azri

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah membuka siasatan tatatertib terhadap seorang anggota polis yang tular dalam rakaman video perbualan didakwa berunsur mengaibkan terhadap seorang wanita, pada Jumaat lalu.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pihaknya menjalankan siasatan tatatertib ke atas pegawai rendah polis terbabit termasuk dari aspek penyeliaan.

Iklan
Iklan

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai polis mahupun pegawai penyelia sekiranya aduan tersebut didapati berasas,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Azri berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan seorang pegawai rendah polis berbual dengan seorang wanita sambil mengajaknya untuk bertemu sama ada di rumah atau hotel.

Iklan

“Kejadian itu dipercayai berlaku di daerah Ampang Jaya, Selangor. Ketua Polis Balai Pandan Indah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada Sabtu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.

Iklan

Pada Ahad, media melaporkan anggota polis itu telah dikeluarkan daripada penugasan sedia ada.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dilaporkan berkata, anggota yang terlibat telah dikenal pasti dan siasatan susulan sedang dijalankan berhubung kejadian.