Tunai hasrat ibu, Razarudin sahkan tak sambung kontrak KPN
Iklan
Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat Madani 2025 Ketua Polis Negara di Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah pada Ahad menjadi program terakhir Razarudin sebagai Ketua Polis Negara.
KUALA PILAH - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan beliau tidak akan menyambung kontraknya yang bakal tamat 22 Jun ini.
Razarudin berkata, keputusan itu dibuat bagi memenuhi hasrat ibunya yang mahu beliau berbuat demikian.
Iklan
Iklan
RAZARUDIN
"Ibu saya memang kalau boleh, minta saya jangan sambung (kontrak).
"Saya pun akur dengan ibu saya. Saya dah hidup lama dengan dia. Bila dia sebut begitu, saya anggap itu sebagai satu doa. Saya tak berani ingkar cakap ibu,” katanya pada Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat Madani 2025 Ketua Polis Negara di Kampung Parit Seberang pada Ahad.
Iklan
Turut hadir, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof; Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan.
Razarudin menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat Madani 2025 Ketua Polis Negara di Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah pada Ahad
Lebih istimewa, majlis itu turut dihadiri ibu beliau, Rahmah Abdul Rahman, 88, serta ahli keluarga lain.
Iklan
Beliau menjelaskan, permintaan ibunya itu telah disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tak perlulah saya sambung kontrak lagi, cukup dua tahun saya sebagai Ketua Polis Negara, sudah sampai masa ada pengganti,” tambahnya.
Katanya, mengikut perancangan majlis serah terima tugas dijadual berlangsung pada 20 Jun ini
Beliau turut memaklumkan Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat Madani 2025 Ketua Polis Negara itu merupakan program terakhir beliau sebagai Ketua Polis Negara.
Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2023 menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan tempoh kontrak beliau dijadualkan tamat bulan ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>