Pusat hiburan diserbu, 35 warga Myanmar dicekup
Iklan
Tiga premis diserbu membabitkan pusat hiburan, kedai runcit dan restoran membabitkan warga asing sebagai pengunjung.
SUNGAI PETANI – Sebuah pusat hiburan yang disyaki turut menyediakan kegiatan pelacuran membabitkan warga asing diserbu dalam operasi yang dijalankan di Jalan Kampung Baru di sini awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, serbuan turut dilakukan di kedai runcit dan restoran yang menjadi tumpuan warga asing mendapatkan barangan serta makanan yang disyaki beroperasi tanpa kebenaran.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesemua 35 individu yang ditahan dalam serbuan di tiga premis sekitar jam 2 hingga 5 pagi adalah warga Myanmar berusia 28 hingga 32 tahun.
Warga asing yang ditahan disyaki terlibat menyediakan hiburan dan aktiviti pelacuran.
"Seramai 20 daripadanya adalah perempuan, manakala selebihnya lelaki. Seorang wanita tempatan dipercayai majikan kedai runcit turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Iklan
Jelas Hanyan, warga asing yang ditahan adalah pekerja kedai makan dan restoran selain disyaki terlibat dalam aktiviti pusat hiburan serta kegiatan pelacuran.
"Kita percaya, kedai makan dan kedai runcit itu beroperasi tanpa lesen dan menggaji pekerja tanpa permit yang sah manakala pusat karaoke pula dikesan menyediakan hiburan serta mengumpan wanita warga asing untuk kegiatan pelacuran," dakwanya.
Iklan
Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.
Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam, Seksyen 55B/6(3) Akta Imigresen, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan.
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.