Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

Iklan
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa.

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada seluruh rakyat Malaysia yang bergelar bapa.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan dan jasa para bapa yang menjadi tonggak institusi keluarga.

Iklan
Iklan

“Seorang bapa bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah merupakan sumber kekuatan serta pembimbing dalam kehidupan anak-anak.

“Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang serta didikan yang tidak ternilai. Walaupun kadangkala tidak terucap dengan kata-kata, jasa dan cinta seorang bapa sentiasa tersemat di hati,” titah Baginda.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran sama, Seri Paduka Baginda turut menitipkan doa agar ALLAH SWT sentiasa merahmati roh ayahanda masing-masing, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II.