Simpanan serbuk karbait punca letupan di kedai buah

Iklan
Siasatan awal mendapati letupan mengakibatkan kerosakan di bilik sejuk yang menjadi tempat menyimpan buah-buahan di premis berkenaan.

KLANG - Simpanan serbuk karbait yang digunakan untuk proses pemeraman buah-buahan menjadi punca letupan di sebuah kedai di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat dari talian MERS 999 kira-kira jam 5.21 petang berhubung insiden letupan di lokasi terbabit.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati letupan mengakibatkan kerosakan di bilik sejuk yang menjadi tempat menyimpan buah-buahan di premis berkenaan.

"Selain itu, letupan turut menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan belakang kedai buah itu mengalami kerosakan kecil.

Iklan

"Kejadian juga tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Iklan

"Sebarang tindakan yang menggugat ketenteraman awam akan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suasana gempar sekitar kawasan Jalan Gudang Nenas di sini dalam kejadian letupan mengakibatkan runtuhan struktur dinding sebuah kedai menjual buah.

Kejadian itu turut mengakibatkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.