NCER catat pelaburan RM9.11 bilion di Kedah setakat Mei
Iklan
Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) dan Mohamad Haris (dua dari kanan) selepas pelancaran majlis kolaborasi strategik kemajuan projek iCON Yan dan Baling.
WILAYAH Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya merekodkan pelaburan direalisasikan sebanyak RM9.11 bilion di Kedah, dengan hampir 2,000 peluang pekerjaan diwujudkan setakat 31 Mei tahun ini.
Ketua Eksekutif NCER, Datuk Mohamad Haris Kader Sultan berkata, momentum positif itu berjaya dikekalkan selepas prestasi memberangsangkan pada tahun lalu yang merekodkan pelaburan sebanyak RM20.38 bilion, berbanding RM11.6 bilion pada tahun sebelumnya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, prestasi baik tersebut dicapai hasil kerjasama strategik antara NCER, kerajaan negeri Kedah dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
“Prestasi ini membuktikan keyakinan tinggi pelabur dan pemain industri terhadap potensi masa hadapan yang ditawarkan oleh Kedah serta wilayah utara.
Iklan
“NCER akan terus memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan proses merealisasikan pelaburan terus diperkasakan serta memenuhi standard yang dikehendaki pelabur,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membentangkan prestasi pelaburan NCER dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Selasa.
Iklan
Majlis turut menyaksikan kolaborasi strategik bagi kemajuan projek Pusat Ekonomi dan Komuniti Bersepadu (iCON) di Yan dan Baling bagi menghargai para usahawan yang terlibat.
Menurut beliau, pembentangan tersebut turut merangkumi perkembangan projek strategik seperti Bandaraya Getah Kedah (KRC) dan Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP), serta perancangan untuk memperkasakan sektor pelancongan di negeri ini.
“Turut dibentangkan ialah pelaksanaan projek iCON Yan dan Baling, selain peningkatan kemudahan pelancongan di Mong Gajah, Tasik Pedu serta pembangunan Dataran Bukit Kayu Hitam,” katanya.
Muhammad Sanusi (lima dari kanan) dan Mohamad Haris (empat dari kanan) seusai Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Kedah di Alor Setar.
Mohamad Haris menjelaskan, iCON merupakan kesinambungan kepada program pembangunan keusahawanan NCER iaitu empowerNCER.
“Jika sebelum ini usahawan diberikan pendidikan dan bantuan untuk memulakan perniagaan, kini mereka disediakan ruang niaga fizikal bagi merancakkan pertumbuhan perniagaan masing-masing,” katanya.
Tambah beliau, pembangunan iCON Yan telah siap sepenuhnya dan akan beroperasi dalam masa terdekat, manakala iCON Baling telah mencapai tahap 90 peratus.
“Permintaan terhadap ruang niaga di kedua-dua lokasi adalah memberangsangkan kerana kadar sewa yang rendah berbanding harga pasaran.
“Kita akan pastikan iCON di Yan dan Baling mencapai matlamatnya serta sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi kerajaan lain untuk menganjurkan pelbagai aktiviti di kawasan tersebut, agar ia menjadi tumpuan pelancong,” ujarnya.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.