JPN Terengganu bantu uruskan sijil kematian 15 pelajar UPSI

Iklan
Mohamad Nasir (dua,kiri) menyerahkan sijil kematian kepada waris pelajar UPSI di Kampung Bharu Tok Dor, Besut pada Khamis.

BESUT - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu membantu menguruskan sijil kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam tragedi kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di Perak.

Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem berkata, pengurusan sijil itu dilakukan melalui program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Iklan
Iklan

"Memahami keadaan waris dan kekangan masa yang dihadapi, kami (JPN) cuba mempermudahkan urusan waris mangsa apabila mereka tidak perlu hadir ke kaunter bagi urusan permohonan dan tuntutan sijil kematian ini.

"Alhamdulillah hanya tinggal dua permohonan lagi yang masih dalam proses manakala selebihnya telah selesai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Bharu Tok Dor di sini, pada Khamis.

Iklan

Ujar beliau, JPN Terengganu telah turun padang dengan menghantar lapan sijil kematian kepada waris mangsa yang tinggal di Besut.

Menurut Mohamad Nasir, manakala selebihnya telah dituntut oleh waris di kaunter JPN.

Iklan