KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara dan enam negeri hingga 10 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca itu diramal melanda Perak (Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).
Amaran itu turut membabitkan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Melaka (Alor Gajah).
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Telang Usan).
Manakala di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Sandakan (Tongod). - Bernama