MAKKAH – Seramai 284 jemaah haji Malaysia kumpulan pertama bagi musim 1446H/2025M akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah jam 5.40 pagi (waktu Arab Saudi) Sabtu ini.
Kesemua mereka akan berlepas menggunakan pesawat MH8251 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.10 malam pada Sabtu.
Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadual berlepas dari Madinah pada 10 Julai dan tiba di KLIA pada 12.35 tengah malam 11 Julai.