BARU-BARU ini, tular sepotong rakaman video yang menunjukkan pasangan dikatakan suami isteri bergaduh di dalam sebuah pasar raya. Apa yang lebih menyedihkan apabila lelaki tersebut bertindak mencampakkan beberapa makanan yang berada di dalam troli ke sekelilingnya. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai selepas dimuat naik di media sosial. Pendakwah, Dr Kamilin Jamilin ketika mengulas mengenai video tersebut berkata, satu Malaysia di media sosial ditipu dengan rakaman video drama suami isteri yang bergaduh di pasar raya itu sehingga membaling makanan.
DR KAMILIN