KUALA LUMPUR – Polis menahan lima lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di kawasan tempat letak kereta di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 27 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 11.50 malam, semasa perlawanan bola sepak Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam.