Remaja 17 tahun, kekasih dicekup separuh bogel dalam kereta

Iklan
Operasi rondaan JAINJ membawa kepada penahanan pasangan yang disyaki melakukan persediaan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta. - Foto JAINJ

BATU PAHAT - Pasangan kekasih dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika berada dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah kereta di Sri Gading.

Pasangan masing-masing berusia 17 dan 21 tahun dipercayai cuba melakukan persetubuhan dalam kereta yang diparkir di tempat letak kenderaan pada kira-kira jam 11.20 malam, Khamis.

Iklan
Iklan

JAINJ dalam kenyataannya memaklumkan, pemeriksaan dilakukan selepas anggota menghampiri sebuah kereta yang berada di kawasan parkir agak gelap dengan enjin masih hidup, namun lampunya tidak dipasang.

Menurutnya, ketika penguat kuasa mengetuk cermin kenderaan, kereta berkenaan cuba mengundur sebelum menyedari laluan belakangnya dihalang van operasi.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut oleh penguat kuasa wanita turut menemukan seorang wanita di tempat duduk belakang dalam keadaan tidak berbaju, manakala pakaian dan pakaian dalamnya berada di atas kerusi," menurut kenyataan itu.

Kedua-duanya kemudian diminta berpakaian lengkap sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.

Iklan

Hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit masih bujang dan bekerja di Batu Pahat, manakala wanita itu masih belajar dan turut mengaku bukan suami isteri.

"Lelaki itu dikatakan menjemput remaja perempuan berkenaan sebelum mereka meronda dan mencari lokasi sesuai untuk melakukan perbuatan terbabit.

"Susulan itu, pasangan berkenaan ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 24 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, iaitu persediaan melakukan persetubuhan luar nikah," menurut kenyataan itu.