'Bila warga asing makin ramai, kes mabuk gaduh dah biasa...orang kita terpaksa keluar' - Penduduk

Iklan
JIM melaksanakan operasi bersepadu di sebuah flat di Pandamaran, Klang pada Jumaat.

KLANG -"Orang kita sendiri pun keluar lepas mereka mula semakin ramai di sini."

Itu antara luahan penduduk tempatan yang menetap di sebuah flat di Pandamaran di sini apabila ramai warga asing mengambil kesempatan menyewa di unit kediaman itu sejak beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, flat ini dikatakan disewa oleh warga asing sekitar harga RM700 bergantung kepada aras tingkat kediaman.

"Keadaan di sini sudah berubah, bila mereka (warga asing) ramai, ada kes mabuk, gaduh...itu dah biasa," dakwa lelaki berusia lingkungan 40-an yang sudah menetap sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Iklan

JIM melaksanakan operasi bersepadu di sebuah flat di Pandamaran, Klang pada Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan unit kediaman dihuni warga asing dalam keadaan tidak terurus termasuklah peralatan dan bahan memasak di dalam bilik selain bau yang kurang menyenangkan.

Iklan

Sebelum itu, kira-kira jam 3.30 pagi, Jumaat, empat blok flat empat tingkat diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Sementara itu, Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, seramai 87 warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan hasil pemeriksaan 110 individu.

"Tangkapan membabitkan 54 lelaki dan 33 wanita daripada pelbagai warganegara.

"Kesemua tangkapan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen Selangor di sini pada Jumaat.

Mohmad Khusairi (kiri) menunjukkan antara tangkapan yang dilaksanakan JIM menerusi Operasi Bersepadu Mega. Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Tambahnya, antara kesalahan dikesan ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

Menerusi Operasi Bersepadu Mega itu juga, dua buah kilang di Subang Bestari dan Subang Jaya digempur dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Seramai 161 individu diperiksa dan hasilnya 120 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan," ujarnya.

Dalam serbuan itu, rata-rata warga asing gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dengan memberi alasan tertinggal di rumah, bahkan ada yang terbabit salah guna permit iaitu pemegang permit pembinaan, namun bekerja di sektor perkilangan.