Kecualikan pegun elaun doktor luar bandar Sabah, Sarawak – Exco Kesihatan
Iklan
James (tengah) dan Maria dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kolokium Kesihatan Awam kali ke-17 Tahun 2025 di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Kerajaan dicadangkan supaya mengecualikan doktor yang berkhidmat di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak daripada tindakan pembekuan atau pemegunan elaun, selaras dengan keperluan khas perkhidmatan kesihatan di pedalaman kedua-dua negeri tersebut.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Sabah, Datuk James Ratib berkata, cadangan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Khamis.
Iklan
Iklan
“Saya mohon agar di Sabah dan Sarawak ini, tindakan pemegunan elaun dikecualikan memandangkan kita masih kekurangan doktor yang bertugas di luar bandar.
“Sekiranya elaun mereka masih dipegun, saya bimbang ramai doktor tidak mahu menyambung kontrak dengan kerajaan, sekali gus memberi kesan besar kepada perkhidmatan kesihatan di Sabah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kolokium Kesihatan Awam Ke-17 Tahun 2025 di sini, pada Rabu.
Iklan
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan Sabah masih berhadapan dengan kekurangan fasiliti yang memuaskan, khususnya di kawasan luar bandar.
“Kita masih kekurangan dari segi fasiliti seperti capaian WiFi, bekalan air bersih dan elektrik di luar bandar.
Iklan
“Tidak adil jika doktor di luar bandar menerima elaun tanpa sebarang kenaikan seperti rakan mereka di kawasan bandar. Lebih baik mereka berkhidmat di bandar yang kemudahannya lengkap.
“Oleh itu, saya mohon agar Menteri Kesihatan memberi perhatian dan mempertimbangkan perkara ini sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Maria Suleiman memaklumkan bahawa Sabah ketika ini hanya mempunyai sekitar 4,000 orang doktor, iaitu 2,981 terdiri daripada doktor dan pakar berstatus lantikan tetap, manakala 1,072 adalah doktor kontrak.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap kawalan penggunaan rokok elektronik yang kini semakin berleluasa di Sabah.
“Kita perlu kawal. Kadangkala ada rokok elektronik yang dicampur dengan bahan terlarang seperti dadah. Maka kita akan cadangkan penambahbaikan dari sudut peraturan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.