Ahli Parlimen Kuantan sedia jadi penjaga Maizatul

Iklan
Fuziah (kiri) menyampaikan sedikit sumbangan kepada Maizatul Akmal di Pejabat Ahli Parlimen Kuantan.

KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersedia menjadi penjaga kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Maizatul Akmal Mahat.

Maizatul Akmal, 17, yang memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan yang diumumkan Khamis lalu ialah seorang anak yatim piatu selepas kematian ibunya pada 2015 manakala abang dan bapanya meninggal dunia tahun lalu akibat sakit.

Iklan
Iklan

Fuziah berkata, tawaran berkenaan dibuat bagi memudahkan remaja berkenaan melakukan urusan rasmi membabitkan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

"Dia masih belum berusia 18 tahun dan sudah pasti memerlukan penjaga untuk menandatangani dokumen rasmi. Saya rasa perlu ada penjaga yang boleh membantunya untuk menguruskan perkara itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Iklan

Kelmarin, Fuziah menemui bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur itu bagi memberi sumbangan di atas kejayaan yang diraihnya.

"Maizatul sekarang tinggal sendiri dan nekad untuk meneruskan kehidupan untuk berjaya seperti rakan-rakan lain.

Iklan

"Semoga ALLAH memudahkan segala urusan anakanda Maizatul Akmal. You have a long way to go girl. Be strong!" kata Fuziah.

Bagaimanapun, Maizatul Akmal enggan ditemu bual wartawan atas alasan tertentu.