Pengehad kelajuan wajib, langkah tepat lindungi nyawa – Syahredzan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Syahredzan Johan

BANGI - Tragedi kemalangan bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi detik duka buat seluruh negara, sekali gus membangkitkan semula keperluan memperkukuh keselamatan jalan raya, khususnya melibatkan kenderaan berat.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menyifatkan pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung pelaksanaan wajib pengehad kelajuan atau speed limiter sebagai langkah tepat dan amat diperlukan.

Iklan
Iklan

"Pengumuman ini membuktikan komitmen Kerajaan Madani untuk melindungi pengguna jalan raya. Malah, perbincangan mengenai keperluan mengehadkan kelajuan kenderaan berat telah dibangkitkan sejak lebih 10 tahun lalu.

"Kini tiba masa untuk ia dilaksanakan secara menyeluruh dan tanpa kompromi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurut Syahredzan, beliau menyokong penuh pelaksanaan dasar itu dan berharap ia tidak hanya bersifat reaktif, sebaliknya menjadi langkah berterusan bagi mengelak lebih banyak nyawa melayang di jalan raya.

Tegasnya, semua pihak terutama syarikat pengangkutan dan logistik perlu memberikan kerjasama penuh agar dasar itu mencapai matlamatnya.

Iklan

"Selain itu, penguatkuasaan undang-undang sedia ada juga perlu dipertingkat, khususnya terhadap pemandu kenderaan berat yang melanggar had laju atau tidak mematuhi aspek keselamatan.

"Kempen kesedaran keselamatan jalan raya juga perlu diperluas, agar masyarakat sentiasa diingatkan untuk mematuhi undang-undang dan bertanggungjawab di jalan raya," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, meskipun nyawa 15 pelajar yang terkorban semalam tidak dapat dikembalikan, namun kerajaan dan masyarakat masih berpeluang untuk memastikan tragedi serupa tidak lagi berulang.

"Setiap nyawa itu amat berharga. Dengan dasar yang tepat dan pelaksanaan tegas, kita mampu menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua," tambahnya.