Rasuah lebuh raya: Individu bergelar Tan Sri hadir ke SPRM esok

Iklan
Menurut sumber, pemegang konsesi lebuh raya terbabit akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

SHAH ALAM - Seorang individu bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang akan direkod keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Menurut sumber, pemegang konsesi lebuh raya berkenaan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Ya, disahkan beliau akan hadir esok jam 9 pagi. Beliau sudah keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pemegang konsesi lebuh raya itu merupakan saksi utama dalam siasatan kes terbabit.

Iklan

Media sebelum ini melalorkan 45 saksi yang diambil keterangan sebelumnnya bagi membantu siasatan, sudah dipanggil semula untuk memberikan maklumat tambahan.

Pada 3 Jun lalu, SPRM menyenaraikan harta dengan keseluruhan sitaan berjumlah kira-kira RM143 juta, dirampas dalam siasatan penyelewengan sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang membabitkan seorang kenamaan bergelar Tan Sri.

Iklan

Pasukan siasatan SPRM juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara termasuk di London dan Switzerland.

Jumlah terkini sitaan membabitkan 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta, kondominium mewah dan sebidang tanah bernilai RM24.5 juta, sembilan unit kereta berjumlah RM7.65 juta.

Turut disita ialah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM25 juta, tas tangan bernilai RM3 juta, barang kemas serta berlian (RM6 juta) dan empat ekor kuda bernilai RM400,000 selain minuman beralkohol bernilai RM3 juta, aset luar negara yang dinilai lebih daripada RM15 juta serta ⁠aktiviti perjudian yang dianggarkan kira-kira RM20 juta.