KUANTAN - Sebanyak 75 rumah mengalami kerosakkan akibat hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Temerloh petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temerloh memaklumkan kejadian pada jam 5 petang itu menjejaskan rumah penduduk di Taman Sri Kerinau, Kampung Pulau Terap, Taman Pamah Kasih, Taman Pulai Bistari dan Kampung Batu 4 1/2 Jalan Maran.