Nahas pelajar UPSI tragedi amat menyentuh hati - Abdul Hadi
Iklan
Abdul Hadi.
SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan insiden nahas jalan raya yang berlaku awal pagi Isnin berhampiran Gerik, Perak sebagai tragedi yang amat menyentuh hati.
Beliau berkata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak muda sedang menuntut ilmu yang bakal menjadi pewaris masa depan umat dan negara.
Iklan
Iklan
"Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat, Tasik Banding, Gerik yang meragut 15 nyawa termasuk pelajar-pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.
"Saya mendoakan agar semua yang terkorban diluaskan rahmat ALLAH SWT ke atas mereka serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Iklan
Sebelum ini, sebuah bas persiaran membawa 42 pelajar UPSI dilaporkan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, seramai 15 pelajar disahkan maut, manakala selebihnya mengalami kecederaan pelbagai tahap dan sedang dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Iklan
Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff menjelaskan, bas persiaran berkenaan telah disewa secara persendirian oleh pelajar sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas bercuti di kampung halaman sekitar Jertih dan Hulu Terengganu.
Sementara itu, Abdul Hadi turut menitipkan doa buat mangsa yang sedang dirawat agar diberikan kesembuhan segera.
"Semoga diberi kekuatan buat ahli keluarga untuk menghadapi ujian ini dengan sabar dan reda. Sesungguhnya setiap nyawa itu amanah dan setiap kehilangan adalah peringatan untuk kita kembali menginsafi kelemahan sebagai hamba," kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>