Nahas pelajar UPSI: Hamzah, Radzi ucap takziah

Iklan
Sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin. (Gambar kecil: Hamzah, Radzi)

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas di Gerik, awal pagi Isnin.

Menurutnya, beliau amat dukacita dengan tragedi yang telah meragut 15 nyawa pelajar institusi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Salam takziah. Dengan penuh rasa simpati dan dukacita, saya ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa tragedi kemalangan yang meragut ramai nyawa pelajar UPSI dekat Tasik Banding awal pagi tadi. Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, sebuah bas yang membawa 36 pelajar UPSI dilaporkan terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari program khidmat masyarakat di Kelantan.

Iklan

Seramai 15 pelajar disahkan maut, manakala selebihnya mengalami kecederaan pelbagai tahap dan sedang dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin turut mendoakan agar urusan pelajar yang terlibat dipermudahkan.

Iklan

"Takziah saya ucapkan kepada keluarga 15 orang pelajar UPSI yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Jeli–Gerik. Semoga dipermudah juga urusan pelajar lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut,” katanya.