Rosyam Nor bikin kecoh sebelum raya

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan 'drama' pergaduhan suami isteri di sebuah pasar raya beberapa hari lepas.

RAMAI yang tak sangka apabila Datuk Rosyam Nor sendiri terlibat dalam satu gimik tular. Apa tidaknya, video pergaduhan yang viral sebelum Aidiladha lalu rupa-rupanya hanyalah gimik promosi oleh penerbit, pengarah dan pelakon terkenal itu.

Video tersebut dibuat bagi mempromosikan kerjasama syarikatnya dengan sebuah syarikat lain.

Iklan
Iklan

Ya, ternyata strategi itu berjaya menarik perhatian kerana dalam tempoh sehari sahaja, video berkenaan telah tersebar luas dan menerima ribuan komen serta reaksi daripada netizen.

Namun begitu, tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi. Ada yang memuji kreativiti Rosyam, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan pendekatannya.

Iklan

Tak sangka, seorang tokoh yang dihormati seperti Rosyam sanggup mencipta content seperti itu iaitu pergaduhan suami isteri di hadapan khalayak, apatah lagi menjelang Aidiladha. Rosyam kemudiannya tampil menjawab isu tersebut.

Katanya, tujuan gimik itu bukan semata-mata untuk promosi, tetapi ingin menyampaikan mesej sosial dengan cara yang lebih menyentuh emosi dan mencetuskan perbincangan.

Iklan

Beliau ingin membawa perhatian terhadap isu kekeluargaan yang sering berlaku dalam masyarakat.

Biar apa orang nak kata, hakikatnya, Rosyam telah berjaya menarik perhatian orang ramai. Walaupun ada yang melihatnya sebagai kontroversi, mesej yang ingin disampaikan sebenarnya cukup mendalam.

Bagi Merak Jalanan, tak salah pun cara tersebut kerana kadangkala, pendekatan luar biasa diperlukan untuk mengetuk kesedaran masyarakat.

Sekurang-kurangnya, mesejnya sampai. Kita tak boleh hanya sajikan yang manis-manis belaka sedangkan realitinya, masih ramai yang sedang berjuang meneruskan hidup.