Di mana Sabri?

Iklan
Sabri dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Sri Embun, Jerantut sejak 2 Jun lalu.

JERANTUT – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Sri Embun di sini sejak 2 Jun lalu.

Kehilangan Sabri Ismail, 36, disedari kakaknya yang kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jerantut pada 7 Jun kerana bimbang keselamatan adiknya yang mempunyai masalah mental.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, mangsa yang memegang kad OKU mental itu dipercayai keluar dari rumah tanpa membawa telefon bimbit, dompet dan motosikal.

"Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju-T berwarna hitam, seluar biru gelap, berkaca mata dan berselipar.

Iklan

"Mangsa berketinggian kira-kira 178 sentimeter, berbadan gempal dan berkulit cerah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad

Beliau berkata, sepasukan anggota polis diarahkan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan Taman Sri Embun.

Iklan

Jelasnya, pengedaran poster Sabri juga telah dibuat bagi membantu pencarian.

"Difahamkan, mangsa pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh," katanya.

0rang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-2662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.