SHAH ALAM – Tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap aktivis dan artis grafik, Fahmi Reza, susulan dakwaannya dirinya dilarang ke luar negara baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan terhadap Fahmi masih berjalan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasukkan namanya dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman.
"Sehubungan itu, PDRM ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang sekatan rasmi yang dikenakan terhadap Fahmi Reza buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Bagaimanapun katanya, nama aktivis tersebut telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman pihak PDRM berikutan siasatan kes melibatkan dirinya masih dijalankan.
Beliau berkata, senarai tersebut bukanlah satu bentuk sekatan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada prosedur pemantauan lazim oleh pihak berkuasa.
"Kekeliruan yang timbul ketika proses semakan di pintu keluar negara pada 7 Jun lalu telah menyebabkan arahan sekatan pergerakan dikeluarkan secara tidak tepat.
"Situasi ini sedang diteliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemas prosedur sedia ada," katanya.
Menurutnya, PDRM kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak setiap rakyat Malaysia.
"Individu berkenaan adalah bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa, tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Imigresen serta undang-undang lain yang berkaitan,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan aktivis dan artis grafik itu mendakwa dirinya dilarang ke luar negara selepas disenaraihitamkan daripada memasuki Sabah baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikannya menerusi Facebook pada Sabtu bahawa dirinya baru sahaja mengetahui perkara berkenaan semasa berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Singapura, selepas dimaklumkan pegawai imigresen.
Jelasnya, minggu lalu dia turut dilarang masuk Sabah hanya kerana lukisannya yang mengkritik pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan kini disenarai hitam lagi, dilarang ke luar negara oleh Kerajaan Madani.
Dakwa Fahmi, dirinya ditahan di kaunter imigresen pelepasan antarabangsa dan diminta duduk di pejabat imigresen sementara pegawai terbabit melakukan semakan dengan Pejabat Kawalan Perjalanan.
Tambahnya, selepas selesai urusan berkaitan termasuk pemerolehan salinan pas kebenaran berlepas serta tiket penerbangan, pegawai Imigresen memaklumkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tidak memberi kebenaran kepadanya ke luar negara.