MELAKA - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi Jalan Ong Kim Wee, Gajah Berang di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.10 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.